ح س ن
Senarai perkataan terbitan dan contoh penggunaannya dalam kitab.
Kosa Kata Terbitan
Ayat Rujukan Silang
Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin, Abi Hafs, Umar bin Al-Khattāb Radiyallahu 'Anhu, beliau telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Hanyasanya segala amal itu bergantung kepada niat dan hanyasanya setiap orang hanya akan memperolehi apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang melakukan hijrah semata-mata kerana Allah SWT dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya dikira menurut apa yang dia niatkan" Telah meriwayatkannya oleh dua orang imam pakar hadis; Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari, dan Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi, di dalam dua kitab sahih mereka berdua yang mana kedua-duanya merupakan [daripada] se-sahih-sahih segala kitab yang telah disusun.
Diriwayatkan daripada Umar Radiyallahu 'Anhu juga, beliau telah berkata: Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah ﷺ pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan padanya kesan-kesan seorang musafir, dan tidak ada seorang pun dikalangan kami yang mengenalinya,, lalu dia telah duduk kepada (menghadap) Nabi ﷺ. Lalu dia merapatkan kedua lututnya kepada kedua lutut Nabi ﷺ dan dia meletakkan kedua telapak tangan di atas kedua pahanya dan dia telah berkata: "Wahai Muhammad! Khabarkan kepadaku tentang Islam!" Maka telah bersabda Rasulullah ﷺ: "Islam itu bahawa kamu bersaksi bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah SWT dan bahawasanya Muhammad itu utusan Allah SWT, dan kamu mendirikan solat, dan kamu menunaikan zakat, dan kamu berpuasa (pada) bulan Ramadan, dan kamu menunaikan haji (ke) Baitullah sekiranya kamu berkemampuan." Dia telah berkata: "Kamu benar." Maka kami telah merasa hairan kerana dia yang bertanya kemudian dia pula yang membenarkan jawapan itu. Dia telah berkata lagi: "Maka khabarkan kepadaku tentang Iman!" Baginda ﷺ bersabda: "bahawa kamu beriman dengan Allah SWT, dan malaikat-malaikat-Nya, dan kitab-kitab-Nya, dan rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat, dan kamu beriman dengan takdir; yang baiknya dan yang buruknya." Dia telah berkata: "Kamu telah benar." Dia telah berkata lagi: "Maka khabarkan kepadaku tentang Ihsan!" Baginda ﷺ telah bersabda: "bahawa kamu menyembah Allah SWT seolah-olah kamu melihat-Nya, maka jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat akan kamu." Dia telah berkata lagi: "Maka khabarkan kepadaku tentang Hari Kiamat!" Baginda ﷺ telah bersabda: "Tidaklah orang yang ditanya tentang hari itu lebih mengetahui daripada orang yang bertanya." Dia telah berkata lagi: "Maka khabarkan kepadaku tentang tanda-tandanya!" Baginda ﷺ telah bersabda: "bahawa melahirkan oleh hamba wanita akan tuannya, dan bahawa kamu melihat orang yang tidak beralas kaki, tidak berpakaian, berasal dari golongan miskin, serta pengembala-pengembala kambing, mereka saling berlumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi" Kemudian telah pergi (lelaki itu), selang beberapa hari kemudian baginda ﷺ telah bertanya kepadaku: "Wahai Umar! Adakah kamu tahu siapakah orang yang datang bertanya itu (tempoh hari)?" Aku menjawab: Allah SWT dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda ﷺ telah bersabda: "Sesungguhnya dia itu Malaikat Jibril, telah datang dia kepada kamu untuk mengajarkan kepada kamu agama kamu." Riwayat Imam Muslim.