خ ط ب
Senarai perkataan terbitan dan contoh penggunaannya dalam kitab.
Kosa Kata Terbitan
Ayat Rujukan Silang
Diriwayatkan daripada Abu Abdur Rahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khattāb Radiyallahu 'Anhumā, beliau telah berkata: Aku telah mendengar Nabi ﷺ bersabda: "Islam dibina di atas lima rukun: bersaksi bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah SWT dan bahawasanya Muhammad itu hamba dan utusan Allah SWT, dan mendirikan solat, dan menunaikan zakat, dan mengerjakan haji (ke) Baitullah, dan berpuasa di bulan Ramadan." Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin, Abi Hafs, Umar bin Al-Khattāb Radiyallahu 'Anhu, beliau telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Hanyasanya segala amal itu bergantung kepada niat dan hanyasanya setiap orang hanya akan memperolehi apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang melakukan hijrah semata-mata kerana Allah SWT dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya dikira menurut apa yang dia niatkan" Telah meriwayatkannya oleh dua orang imam pakar hadis; Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari, dan Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi, di dalam dua kitab sahih mereka berdua yang mana kedua-duanya merupakan [daripada] se-sahih-sahih segala kitab yang telah disusun.